KOTA TINGGI: YPJ Holdings Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan Johor menjalin usahasama dengan Green Target Group bagi membangunkan 452 unit Rumah Mampu Milik (RMMJ) di perbandaran baharu InnoCity, di Bandar Kledang di sini. Projek RMMJ itu termasuk dalam fasa pertama pembangunan InnoCity, yang mana unit kediaman bernilai RM150,000 itu akan mula dibina akhir tahun ini dan dijangka siap 2018.

The township is a smart, livable development by Yayasan Pelajaran Johor
The township is a smart, livable development by Yayasan Pelajaran Johor

Fasa pertama projek itu turut merangkumi pembinaan 480 unit Apartmen Villa, dijual dari RM300,000 bagi memenuhi keperluan penduduk setempat yang mengambil kira lokasi projek berhampiran kawasan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengarang. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled, berkata RMMJ adalah komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menyediakan perumahan yang selesa kepada rakyat negeri ini.

"Menerusi projek ini, YPJ Holdings menjayakan hasrat kerajaan negeri untuk menyediakan RMMJ untuk masyarakat sekitar Pengerang yang kini sedang rancak membangun. "Kami berharap pihak swasta juga dapat bekerjasama menjayakan hasrat ini kerana kerajaan negeri tidak boleh menanggung kos pembinaan yang tinggi," katanya.

Pelancaran Innocity Bandar Kledang YPJ di Mukim Pantai Timur, Daerah Kota Tingi
Pelancaran Innocity Bandar Kledang YPJ di Mukim Pantai Timur, Daerah Kota Tingi

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran RMMJ di InnoCity di sini hari ini. Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Latif Bandi; Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Holdings, Elias Hasran serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Green Target Group, Datuk Tan Hong Lai.

Mohamed Khaled berkata, mengikut perancangan YPJ Holdings akan membina kira-kira 10,000 unit RMMJ di kawasan Tenggara dan Pengerang. Katanya, secara keseluruhan kerajaan negeri akan membina sebanyak 60,000 unit RMMJ menjelang 2019.

Credits : Berita Harian

KOTA TINGGI, 14 Julai -- Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tiga, kanan) melihat replika rumah di Innocity pada majlis pecah tanah Rumah Mampu Milik (RMM) Johor dan Pelancaran Innocity Bandar Kledang di Mukim Pantai Timur, Kota Tinggi hari ini.
   Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Latiff Bandi (tiga, kiri) dan Pengarah Urusan Green Target Group, Datuk Tan Hong Lai (dua, kanan).?
--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

Comments

comments