Skim Rumah Pertamaku (SRP)

housecover12

Skim Rumah Pertamaku (SRP) - My First Home Scheme

Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Ciri-ciri dan Faedah Utama
Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)

  • Pembiayaan sehingga 100%
  • Harta kediaman sahaja
  • Pembiayaan ditawarkan secara Konvensional dan Islamik
Kriteria Kelayakan
Pemohon Yang Layak
  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pembeli rumah pertama
  • Individu berumur tidak lebih daripada 40 tahun
  • Pekerja di dalam sektor swasta termasuk badan-badan berkanun yang tidak menerima kemudahan pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan
  • Pendapatan kasar pemohon perseorangan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar pemohon bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap pemohon)
  • Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah
Keperluan Pembiayaan
  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan. Tempoh pembiayaan maksimum yang disemak semula ini adalah selaras dengan keputusan BNM yang telah diumumkan pada 5 Julai 2013.
  • Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
Harta Yang Layak
  • Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai minimum hartanah RM100,000
  • Nilai maksimum hartanah RM500,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Bank Terlibat (Konvensional & Perbankan Islam)
1. AffinBank
2. AmIslamic Bank
3. CIMB Islamic
4. Alliance Bank
5. Bank Islam
6. Hong Leong
7. Alliance Islamic Bank
8. AmBank
9. Bank Muamalat
10. CIMB Bank
11. Hong Leong Islamic Bank
12. Maybank
13. Maybank Islamic
14. OCBC Bank
15. OCBC Al-Amin
16. Public Bank
17. Public Islamic Bank Berhad
18. RHB
19. RHB Islamic Bank
20. Standard Chartered
21. Standard Chartered Saadiq
22. UOB

223

Comments

comments