7 Taman Rekreasi Yang Perlu Lawat Di Johor Bahru

parkcovereerer

7 Taman Rekreasi Di Johor Bahru

Johor Bahru mempunyai banyak taman. Hampir semua taman perumahan terdapatnya taman rekreasi dengan taman permainan untuk kanak-kanak. Kami telah senaraikan 7 taman rekreasi yang paling kami suka.

1. Taman Rekreasi Adda Height

parkadda4
parkadda
parkadda1

Taman Rekreasi Adda Height terletak di Taman Perumahan Adda Height yang berdekatan dengan Taman Daya. Apa yang membezakan taman ini dengan taman rekreasi lain ialah tasiknya kerana terdapatnya angsa dalam. Pelawat boleh berjalan di sekitar taman atau pam otot anda seperti lelaki dalam gambar.

2. Taman Rekreasi Bukit Indah @Roundabout

parkbukitindah.jpg2
parkbukitindah.jpg1
parkbukitindah23

Taman rekreasi ini agak popular sama penduduk Taman Perling dan Taman Bukit Indah. Taman rekreasi ini terletak disebuah roundabout dan pengunjung tidak perlu bimbang kerana tiada "parking" sebab terdapatnya banyak tempat letak kereta di sekitar taman rekreasi. Gelanggang bola keranjang disediakan untuk mereka yang ingin main.

3. Taman Merdeka

parktamanmerdeka2
parktamanmerdeka.jpg24
parktamanmerdeka.jpg22

Taman Merdeka terletak berhampiran dengan SMK Sultan Ismail. Taman ini agak popular dengan pelari pada masa pagi. Terdapatnya satu kedai teh yang menghidangkan skon dan teh Inggeris.

4. Setia Indah Park

parksetia
parksetia1
parksetiaindah

Walaupun saiznya kecil berbanding dengan yang lain, tetapi taman rekreasi ini agak sesuai untuk para pelari kerana tersedia laluan untuk pelari. Pelawat boleh membawa bakul berkelah dan menikmati suasana nyaman di taman ini. Para pengunjung diharap menjaga kebersihan di taman.

5. Mutiara Rini Recreation Park

parkmutiararini.jpg3
parkmutiararini.jpg2
parkmutiararini.jpg1

Juga dikenali sebagai Hutan Bandar Mutiara Rini, tempat ini amat disukai oleh penduduk Mutiara Rini. Pengunjung boleh bawa layang-layang dan bermain di padang yang luas ini tanpa membimbang layang-layang akan tersangkut pada pokok.

6. Bukit Layang-Layang

parkpasirgudang.jpg23
parkpasirgudang
parkpasirgudang.jpg21

Bukit Layang-Layang merupakan tempat rasmi untuk International KIte Festival. Pengunjung boleh berkelah di padang yang luas dan bermain layang-layang di sini. Pengunjung juga boleh melawat Muzium Layang-layang yang mempamerkan pelbagai layang-layang termasuknya wau.

7. Hutan Bandar Johor Bahru

parkhutanbandar.jpg4
parkhutanbandar.jpg3
parkhutanbandar.jpg1

Hutan Bandar merupakan taman yang seluas 20.23 hektar dan dipenuh dengan pelbagai flora dan fauna. Tanggalkan kasut anda dan mencubakan lantai refleksologi kaki di taman. Terdapat juga "monkey bars" yang agak sesuai untuk kanak-kanak yang aktif.

Gambar: Instagram

Comments

comments